top of page

Penduduk yang dihormati,

Selama bertahun-tahun, Bukit Gombak telah berkembang menjadi tempat kediaman yang subur dan indah bagi ramai orang yang tinggal di kawasan perumahan ikonik ini. Bersama-sama, kita telah membangun dan berdiri kukuh walaupun di tengah-tengah cabaran pandemik hari ini.

Kita telah menempoh perjalanan yang jauh dan melihat banyak penambahbaikan di kawasan perumahan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Penduduk rumah pangsa yang lebih lama di kawasan Sunshine, Guilin dan Hillgrove menikmati kediaman yang telah
diperbaharui di bawah Program Penambahbaikan Rumah (HIP). Kita juga telah memperluaskan rangkaian laluan penghubung yang terlindung secara meluas, menambah lebih daripada 2,000 meter bagi laluan penghubung yang terlindung di sekitar kawasan kejiranan. Penduduk juga mempunyai ruang dan kemudahan baharu untuk bergaul antara satu sama lain, serta belajar dan mengasah kemahiran
baharu. Hillview CC menawarkan reka bentuk yang mesra alam dan menawarkan kursus pengayaan untuk semua peringkat umur – dari kelas seni kanak-kanak hingga banyak kursus SkillsFuture. Taman Bukit Gombak juga akan siap tahun ini. Beberapa keistimewaannya termasuk taman komuniti, kafe dan juga tempat larian anjing. Pastikan
anda melawatnya!

Sambil kita menikmati kemudahan baharu dan lebih baik ini, tentunya nilau nilai murni telah wujud dalam setiap rumah. Saya sangat gembira melihat bagaimana komuniti kita bersatu dalam solidariti untuk menentang Covid-19 dan menyokong pekerja penjagaan dan pengangkutan kita. Sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekolah, syarikat dan organisasi akar umbi dari Bukit Gombak berganding bahu untuk menyampaikan pek penjagaan kepada kira-kira 720 kakitangan penjagaan kesihatan dan pengangkutan yang bekerja di kawasan perumahan kita. Terdiri daripada barang-barang seperti buah-buahan, karipap dan kad tulisan tangan daripada murid sekolah, hadiah tersebut adalah simbol bagaimana masyarakat kita menyokong satu sama lain. Ini adalah cara kita akan mengatasi Covid19 – dengan terus kuat dan bersatu.

Walaupun kita mengamalkan jarak sosial, pasukan saya dan saya masih berusaha
untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan penduduk walaupun dengan cara
yang tidak konvensional. Walaupun kita tidak dapat mengadakan sesi penyampaian
Anugerah Edusave tahun ini, kami berusaha untuk menghantar nota peribadi kepada
penerima anugerah yang menerima sijil mereka melalui pos. Beberapa pelajar berjaya
menerima sijil mereka secara peribadi daripada saya sebelum pemutus litar bermula.

Sambil kita memasuki dekad baharu, pasukan saya dan saya akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kawasan perumahan ini dan juga menyatukan serta memperkukuhkan komuniti kita. Bersama-sama, mari kita menjadikan Bukit Gombak sebagai rumah dan tempat yang kita sayangi dan banggakan, di mana setiap orang penting dan tidak ada yang ketinggalan.

Signature.jpg

Low Yen Ling (Ms)

PUBLISHED BY AND AT THE DIRECTION OF LOW YEN LING, BLK 535 BUKIT BATOK STREET 52 SINGAPORE 650535

All pictures and media on this website, other than the Campaign page, were taken prior to the implementation of Singapore's circuit breaker measures in March 2020.

bottom of page